PRE-ORDER MAKANAN PROGRAM SEJUTA RAHMAT

Bonda Rozita mengambil keberkatan Majlis Ilmu dengan Mewujudkan Majlis Sejuta Rahmat sebagai satu majlis bagi merapatkan silaturahim sesama muslim dan menyampaikan ilmu bermanfaat berkaitan agama dan kesihatan.

Majlis :Majlis Sejuta Rahmat 4.0
Tarikh :24 November 2024
Masa :7.00 am – 2.00 pm
Tempat :Dataran Rimba Rista, Rumah Hutan Terapi Alam

Hadirkan dirimu dalam majlis ilmu, kerana mempelajari ilmu merupakan perkara yang dituntut sepanjang hayat, tidak ada istilah terlambat, selagi hayat dikandung badan.

Oleh itu, setiap umat Islam wajib berusaha mempelajari ilmu, sama ada secara rasmi atau tidak rasmi, sekurang-kurangnya sekadar mengesahkan akidah dan ibadatnya serta mengetahui yang mana halal dan yang mana haram, bagi memastikan segala urusan hidup yang dijalankan adalah menepati hukum syarak dan diredhai Allah SWT.

Beruntunglah bagi sesiapa yang menuntut dan mencari ilmu kerana diberi ganjaran yang pelbagai oleh Allah SWT sepertimana sabda Nabi SAW :

Daripada Abu Darda’ RA, beliau berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : Barangsiapa melalui satu jalan untuk mencari ilmu nescaya Allah mempermudahkan baginya satu jalan ke syurga.

Pre-order Set Makanan Anda Sekarang

SR4_main
SR4_aturcara