Your cart is currently empty!
Pertandingan Flash Mob kemerdekaan
RM50.00
Hai semua yang bersemangat patriotik! Sertai kami pada 31 Ogos ini untuk Pertandingan Flashmob Kemerdekaan yang penuh dengan semangat dan keseronokan! 💃🕺 Tunjukkan bakat tarian anda dan raikan kemerdekaan dengan gaya yang unik dan kreatif. Kami menyediakan hadiah-hadiah menarik untuk kumpulan yang berjaya memukau juri dengan persembahan mereka. 🎁🏆
6 in stock
Description
- Terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 15 tahun keatas.
- Pertandingan adalah secara berkumpulan (min 8-10 peserta/kumpulan).
- Pemilihan lagu hendaklah bertemakan PATRIOTIK. Boleh versi original/mash up/medley dan maksimum 3minit.
- File MP3 lagu hendaklah diserahkan kepada pihak penganjur tiga (3) hari sebelum hari pertandingan melalui WhatsApp (019 – 288 0133).
- Semua bahan, peralatan dan props pertandingan perlu disediakan oleh peserta sendiri.
- Pakaian semasa pertandingan hendaklah sopan dan kemas.
- Sebarang kecelakaan/kemalangan/kecederaan yang berlaku sebelum, semasa atau selepas pertandingan yang berlangsung pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab. Oleh yang demikian, tiada tuntutan pembayaran pampasan boleh dibuat kepada pihak penganjur dari peserta untuk sebarang kecelakaan/kemalangan/kecederaan akibat kecuaian yang disebabkan oleh peserta sebelum, semasa atau selepas pertandingan yang dijalankan.
- Keputusan juri dan pemilihan pemenang adalah MUKTAMAD. Sebarang bantahan, pertikaian atau rayuan tidak akan dilayan.
- Tarikh akhir penyertaan adalah pada 28 Ogos 2024.
- Pihak penganjur berhak menolak sebarang penyertaan yang tidak menepati syarat pertandingan.
- Pihak penganjur berhak untuk meminda terma dan syarat tanpa memberikan notis terlebih dahulu.
Related products
-
Pertandingan Fruits Platter
RM30.00 -
Pertandingan Karaoke Patriotik Junior
RM5.00 -
Pertandingan Reka Cipta Bahan Kitar Semula
RM30.00 -
Pertandingan Sukaneka
RM10.00 – RM20.00