Description
YURAN PENYERTAAN : RM 30.00 untuk setiap penyertaan
TARIKH : 31 Ogos 2024 (Sabtu)
WAKTU : 11.30 Pagi
- Terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 15 tahun keatas.
- Wang tunai tidak akan dikembalikan sekiranya peserta membuat pembatalan penyertaan kurang daripada tujuh (7) hari dari tarikh pertandingan 31 Ogos 2024.
- Pertandingan adalah secara individu atau berkumpulan. Penyertaan terhad kepada 15 penyertaan sahaja.
- Penghasilan kraftangan hendaklah bertemakan KEMERDEKAAN dan PATRIOTIK.
- Peserta WAJIB menghasilkan kraftangan menggunakan 50% barang yang telah digunapakai (used item) atau barang kitar semula (recycle) seperti botol plastik, botol aluminium, sudu/garfu plastik, kotak dan kertas manakala 40% daripada pembungkusan produk JRM HOLISTIK dan baki 10% adalah aksesori tambahan.
- Saiz kraftangan adalah bersaiz A2 (42cm x 59.4cm).
- Peserta wajib untuk menyiapkan 70% dari hasil gubahan sebelum hari pertandingan manakala baki 30% WAJIB untuk disiapkan semasa hari pertandingan berlangsung selama 30 minit.
- Pakaian semasa pertandingan hendaklah sopan dan kemas.
- Semua bahan dan peralatan pertandingan perlu disediakan oleh peserta sendiri dan pihak penganjur hanya menyediakan tempat untuk meletakkan bahan pameran sahaja.
- Juri profesional akan menilai sebanyak 80% daripada hasil kerja dan baki 20% akan dinilai daripada juri awam.
- Keputusan juri dan pemilihan pemenang adalah MUKTAMAD. Sebarang bantahan, pertikaian atau rayuan tidak akan dilayan.
- Tarikh akhir penyertaan adalah pada 28 Ogos 2024.
- Pihak penganjur berhak menolak sebarang penyertaan yang tidak menepati syarat pertandingan.
- Pihak penganjur berhak untuk meminda terma dan syarat tanpa memberikan notis terlebih dahulu.

