Description
- Terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun keatas.
- Wang tunai tidak akan dikembalikan sekiranya peserta membuat pembatalan penyertaan kurang daripada tujuh (7) hari dari tarikh pertandingan 31 Ogos 2024.
- Pertandingan adalah secara individu ATAU secara berkumpulan. Penyertaan terhad kepada 15 penyertaan sahaja.
- Peserta WAJIB menggunakan minimun lima (5) jenis buah untuk satu (1) penyediaan platter dan saiz gubahan platter adalah TIDAK melebihi 40cm x 30cm.
- Peserta wajib untuk menyiapkan 70% dari hasil gubahan sebelum hari pertandingan manakala baki 30% WAJIB untuk disiapkan semasa hari pertandingan berlangsung selama 30 minit.
- Pakaian semasa pertandingan hendaklah sopan, kemas dan mengikut SOP (topi, apron, sarung tangan, kasut bertutup).
- Semua bahan dan peralatan pertandingan perlu disediakan oleh peserta sendiri dan pihak penganjur hanya menyediakan tempat untuk meletakkan bahan pameran sahaja.
- Juri profesional akan menilai sebanyak 80% daripada hasil kerja dan baki 20% akan dinilai daripada juri awam.
- Keputusan juri dan pemilihan pemenang adalah MUKTAMAD. Sebarang bantahan, pertikaian atau rayuan tidak akan dilayan.
- Tarikh akhir penyertaan adalah pada 28 Ogos 2024.
- Pihak penganjur berhak menolak sebarang penyertaan yang tidak menepati syarat pertandingan.
- Pihak penganjur berhak untuk meminda terma dan syarat tanpa memberikan notis terlebih dahulu.

