Your cart is currently empty!
Pertandingan Karaoke Patriotik Junior
RM5.00
Hai adik-adik yang berbakat! Sertai kami pada 31 Ogos 2024 untuk Pertandingan Karaoke Patriotik Kanak-Kanak yang penuh semangat dan keseronokan! 🎶 Tunjukkan bakat nyanyian anda dengan menyanyikan lagu-lagu patriotik yang menggetarkan jiwa. Kami menyediakan hadiah-hadiah menarik untuk pemenang yang berjaya memukau juri dengan suara merdu mereka.
17 in stock
Description
- Terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 7 – 12 Tahun Sahaja.
- Wang tunai tidak akan dikembalikan sekiranya peserta membuat pembatalan penyertaan kurang daripada tujuh (7) hari dari tarikh pertandingan 31 Ogos 2024.
- Pertandingan adalah secara individu. Penyertaan terhad kepada 20 penyertaan sahaja.
- Peserta perlu menyanyikan lagu bertemakan PATRIOTIK dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
- Peserta WAJIB memakai pakaian yang bertemakan PATRIOTIK semasa pertandingan dan pakaian tersebut hendaklah sopan dan kemas.
- Peserta hendaklah memilih hanya satu (1) audio untuk dinyanyikan semasa pertandingan. Lagu boleh dipilih melalui senarai lagu seperti senarai yang berikut :
-
Sehati Sejiwa – Alif Satar & Gemersik Chorus
-
Bahtera Merdeka – Aishah
-
Negaraku – Faizal Tahir, Joe Flizzow, Altimet, SonaOne
-
Keranamu – MK, Yonnyboii, Sufian Suhaimi, Meerfly & Dani Kurama
-
Warisan – Sudirman
-
Si Baju Hijau – Sanisah Huri
-
Gemuruh – Faizal Tahir
-
Tanggal 31- Sudirman
-
Standing In The Eye Of The World – Ella
-
Gemilang – Jaclyn Victor
-
- Sebarang kecelakaan/kemalangan/kecederaan yang berlaku sebelum, semasa atau selepas pertandingan yang berlangsung pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab. Oleh yang demikian, tiada tuntutan pembayaran pampasan boleh dibuat kepada pihak penganjur dari peserta untuk sebarang kecelakaan/kemalangan/kecederaan akibat kecuaian yang disebabkan oleh peserta sebelum, semasa atau selepas pertandingan yang dijalankan.
- Tarikh akhir penyertaan adalah pada 28 Ogos 2024.
- Pihak penganjur berhak menolak sebarang penyertaan yang tidak menepati syarat pertandingan.
- Pihak penganjur berhak untuk meminda terma dan syarat tanpa memberikan notis terlebih dahulu.
- Keputusan juri dan pemilihan pemenang adalah MUKTAMAD. Sebarang bantahan, pertikaian atau rayuan tidak akan dilayan.
Related products
-
Pertandingan Flash Mob kemerdekaan
RM50.00 -
Pertandingan Fruits Platter
RM30.00 -
Pertandingan Reka Cipta Bahan Kitar Semula
RM30.00 -
Pertandingan Sukaneka
RM10.00 – RM20.00