Description
- Terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 7-12 tahun.
- Terdapat dua (2) kategori yang dipertandingkan iaitu kategori 7-9 tahun dan kategori 10-12 tahun.
- Wang tunai tidak akan dikembalikan sekiranya peserta membuat pembatalan penyertaan kurang daripada tujuh (7) hari dari tarikh pertandingan 31 Ogos 2024.
- Pertandingan adalah secara individu. Penyertaan terhad kepada 15 penyertaan sahaja untuk satu (1) kategori dipertandingkan.
- Peserta mestilah menggunakan kertas lukisan mewarna asal yang akan dibekalkan oleh pihak penganjur sahaja.
- Peserta hanya boleh menggunakan pensel warna dan krayon yang disediakan oleh pihak pengajur sahaja untuk mewarna kertas lukisan yang diberikan dan wajib disiapkan dalam tempoh masa 2 jam.
- Penyertaan akan dikira TERBATAL sekiranya didapati ahli keluarga/penjaga/guru membantu peserta semasa pertandingan dijalankan.
- Keputusan juri dan pemilihan pemenang adalah MUKTAMAD. Sebarang bantahan, pertikaian atau rayuan tidak akan dilayan.
- Tarikh akhir penyertaan adalah pada 28 Ogos 2024.
- Pihak penganjur berhak menolak sebarang penyertaan yang tidak menepati syarat pertandingan.
- Pihak penganjur berhak untuk meminda terma dan syarat tanpa memberikan notis terlebih dahulu.

