Your cart is currently empty!
Pertandingan Reka Cipta Bahan Kitar Semula
RM30.00
Pertandingan Reka Cipta Kraftangan Bahan Kitar Semula adalah satu inisiatif kreatif yang bertujuan untuk menggalakkan penggunaan semula bahan kitar semula dalam menghasilkan kraftangan. Pertandingan ini membuka peluang kepada peserta untuk menunjukkan kreativiti dan inovasi mereka dalam mencipta produk kraftangan yang menarik dan berfungsi menggunakan bahan-bahan kitar semula.
5 in stock
Description
YURAN PENYERTAAN : RM 30.00 untuk setiap penyertaan
TARIKH : 31 Ogos 2024 (Sabtu)
WAKTU : 11.30 Pagi
- Terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 15 tahun keatas.
- Wang tunai tidak akan dikembalikan sekiranya peserta membuat pembatalan penyertaan kurang daripada tujuh (7) hari dari tarikh pertandingan 31 Ogos 2024.
- Pertandingan adalah secara individu atau berkumpulan. Penyertaan terhad kepada 15 penyertaan sahaja.
- Penghasilan kraftangan hendaklah bertemakan KEMERDEKAAN dan PATRIOTIK.
- Peserta WAJIB menghasilkan kraftangan menggunakan 50% barang yang telah digunapakai (used item) atau barang kitar semula (recycle) seperti botol plastik, botol aluminium, sudu/garfu plastik, kotak dan kertas manakala 40% daripada pembungkusan produk JRM HOLISTIK dan baki 10% adalah aksesori tambahan.
- Saiz kraftangan adalah bersaiz A2 (42cm x 59.4cm).
- Peserta wajib untuk menyiapkan 70% dari hasil gubahan sebelum hari pertandingan manakala baki 30% WAJIB untuk disiapkan semasa hari pertandingan berlangsung selama 30 minit.
- Pakaian semasa pertandingan hendaklah sopan dan kemas.
- Semua bahan dan peralatan pertandingan perlu disediakan oleh peserta sendiri dan pihak penganjur hanya menyediakan tempat untuk meletakkan bahan pameran sahaja.
- Juri profesional akan menilai sebanyak 80% daripada hasil kerja dan baki 20% akan dinilai daripada juri awam.
- Keputusan juri dan pemilihan pemenang adalah MUKTAMAD. Sebarang bantahan, pertikaian atau rayuan tidak akan dilayan.
- Tarikh akhir penyertaan adalah pada 28 Ogos 2024.
- Pihak penganjur berhak menolak sebarang penyertaan yang tidak menepati syarat pertandingan.
- Pihak penganjur berhak untuk meminda terma dan syarat tanpa memberikan notis terlebih dahulu.
Related products
-
Pertandingan Flash Mob kemerdekaan
RM50.00 -
Pertandingan Fruits Platter
RM30.00 -
Pertandingan Karaoke Patriotik Junior
RM5.00 -
Pertandingan Sukaneka
RM10.00 – RM20.00