Description
Indah langit kerana awan,
Indah laut kerana kebiruan,
Indah Aidilfitri kerana kemaafan,
Disambut hati dengan Kesyukuran
Seiring dengan kedatangan bulan Syawal, Rumah Hutan Terapi Alam berbesar hati menganjurkan Buffet Aidilfitri. Setiap hidangan merupakan hasil seni masakan tradisi ala kampung daripada Bonda Rozita Ibrahim, disajikan dengan penuh kasih sayang bagi memeriahkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dan insan tersayang.



