Description
- Terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 13 Tahun keatas.
- Terdapat dua (2) kategori yang dipertandingkan iaitu ketegori Individu dan kategori Berkumpulan (4pax/Kumpulan).
- Wang tunai tidak akan dikembalikan sekiranya peserta membuat pembatalan penyertaan kurang daripada tujuh (7) hari dari tarikh pertandingan 31 Ogos 2024.
- Pertandingan adalah secara individu dan berkumpulan. Penyertaan terhad kepada 10 penyertaan untuk satu (1) kategori yang dipertandingkan.
- Pakaian semasa pertandingan hendaklah sopan dan kemas.
- Sebarang kecelakaan/kemalangan/kecederaan yang berlaku sebelum, semasa atau selepas pertandingan yang berlangsung pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab. Oleh yang demikian, tiada tuntutan pembayaran pampasan boleh dibuat kepada pihak penganjur dari peserta untuk sebarang kecelakaan/kemalangan/kecederaan akibat kecuaian yang disebabkan oleh peserta sebelum, semasa atau selepas pertandingan yang dijalankan.
- Keputusan juri dan pemilihan pemenang adalah MUKTAMAD. Sebarang bantahan, pertikaian atau rayuan tidak akan dilayan.

